Merawat luka terbakar dan melecur

Langkah 1:

Untuk menghentikan melecur dan melegakan kesakitan, siramkan air sejuk
pada bahagian yang melecur sekurang-kurangnya selama 10 minit atau
sehingga tidak lagi rasa sakit.

Langkah 2:

Jangan alihkan pakaian atau apa-apa yang melekat pada bahagian yang
melecur kerana ini mungkin lebih merosakkan kulit. Setelah sejuk, barulah
tanggalkan atau potong keluar sebarang pakaian.

Langkah 3:

Tutup bahagian yang terbakar dengan kain bersih yang tidak berbulu untuk
melindungi daripada jangkitan. Gunakan pembalut yang longgar untuk
membenarkan pengaliran udara.

Jangan letakkan mentega atau produk yang bergris pada bahagian yang terbakar. Gunakan salap
yang khusus untuk kulit melecur, lapisan madu yang tebal, jeli petroleum atau campuran pekat
baking soda dan air.
Anda hanya boleh memberi rawatan kecemasan untuk luka terbakar peringkat pertama - iaitu
apabila kulit kemerahan, membengkak sedikit dan kadang-kalanya berbekas bilur. Jika anak
anda terkena luka terbakar peringkat kedua atau ketiga iaitu apabila kulitnya melepuh atau
hangus atau apabila meliputi kawasan yang besar, dapatkan rawatan segera.



[merawat luka dan melelas] [luka terbakar akibat renjatan elektrik] [utamakan keselamatan] [tahukah anda?]
[kembali ke menu utama]